Saturday 13 September 2014

hanya satu

pejam celik pejam celik kejap jew dah 1 tahun aku menjadi seorang yang sangat sabar ,, aku tau penantian ini bukan satu kepastian tapi selagi aku mampu untuk bertahan aku akan cuba sedaya upaya,, macam mane org lain boleh tunggu orang yang die sayang selama bertahun2 begitu juga aku,, aku bersyukur mengenali kau kerana kau banyak mengajar ku erti kehidupan yang sebenar dan mengajar ku erti kepayahan untuk mendapatkan duit,, aku berterima kasih kepada kau kerana telah menjaga ku dengan sempurna,, aku tak pernah mengambil hati dengan  kemarahan kau kepada ku sebab aku tahu mungkin itu dari diri aku sendiri ,, dan aku ingin meminta maaf dengan kesalahan yang aku buat kepada kau selama ini,, kadang-kadang memang ada perasaan cemburu yang aku sendiri tak nak boleh tutup,, mungkin aku terlampau menyayangi kau,, air mata aku yang mengalir bukan kerana aku ingin mengambil perhatian tapi ia datang dari hatiku sendiri,, aku tahu kau masih menyayangi dia,, aku tahu kau masih perhatikan dia dari jauh ,, aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa sebab perasaan orang aku tak boleh paksa ,, hanya air mata sahaja yang akan menemani hatiku ,, tetapi jika suatu hari nanti andai aku sudah tidak mampu untuk lakukan semuanya untuk kau aku memohon maaf sebab aku dah tak mampu untuk bertahan ,, ataupun kau sudah mempunyai pilihan hati yang lebih baik dari aku,, aku hanya doakan kau bahagia dari jauh ,, dan aku harap kau akan jaga dia dengan sebaik-baiknya ,, andai kau perlukan orang untuk kau bercerita jangan segan untuk bercakap dengan aku ,, aku akan cuba untuk mendengar masalah kau ,, dan aku harap sangat orang itu tidak akan  pernah biarkan kau mengalir kan air mata macam mana kau mengalirkan air mata saat kau di tanggalkan dahulu ,, aku tahu kau seorang yang sangat kuat untuk menerima segala masalah yang datang kepada kau ,, tujuan aku menulis surat ini hanyalah sekadar untuk meluahkan perasaan ku ,, dan aku nak kau tahu aku sanggup ketepikan segala ego dan panas baran aku kerana kau disebabkan aku terlalu menyayangi kau ,, segala-galanya untuk kau wahai cik pooh ,, jika kita terputus hubungan aku harap satu hari nanti aku akan bertemu kau kembali,,

No comments:

Post a Comment